Hey Gurlz , kaw igat aqu ni "HAMAK" sngt ker nan pkwe kaw uh ? Weyh , aqu skit x "HAMAK" r dgn pkw ko uhh !! sikit pun x r weyh !!!!! Nx kate encem ... ( x r encem sngt ) ... da r hsap rkok , eeuuiihhh . cam uh nx jdik an pkwe aqu ?? Haha , he did not fit with me ok ;) .. So , kaw x yah r bnyk bunyi , nx kate aqu *RAMPAS pkwe kaw lak ..
Alkisah di sebuah desa, ada seorang ibu yang sudah tua, hidup berdua dengan satu-satunya anak. Suaminya sudah lama meninggal kerana sakit. Si ibu sering kali merasa sedih memikirkan anak satu-satunya. Anaknya mempunyai tabiat yang sangat buruk iaitu suka mencuri, berjudi, melaga ayam dan banyak lagi
Ibu itu sering menangis meratapi nasibnya yang malang, dia sering berdoa memohon kepada Tuhan: “Tuhan tolong sedarkan anakku yang kusayangi, supaya tidak berbuat dosa lagi. Aku sudah tua dan ingin menyaksikan dia bertaubat sebelum aku mati”
Namun semakin lama si anak semakin liar dengan perbuatan jahatnya, sudah sangat sering dia keluar masuk penjara kerana kejahatan yang dilakukannya
Suatu hari dia kembali mencuri di rumah penduduk desa, namun malang dia tertangkap Kemudian dia dibawa ke hadapan raja utk diadili dan dijatuhi hukuman pancung. Pengumuman itu diumumkan ke seluruh desa, hukuman akan dilakukan keesokan hari di depan rakyat desa dan tepat pada saat lonceng berdentang menandakan pukul enam pagi.
Berita hukuman itu sampai ke telinga si ibu. Dia menangis meratapi anak yang dikasihinya dan berdoa berlutut kepada Tuhan “Tuhan ampuni anak hamba, biarlah hamba yang sudah tua ini yang menanggung dosa nya”
Dengan tertatih tatih si ibu menghadap raja dan memohon supaya anaknya dibebaskan Tapi keputusan sudah muktamad, anakknya harus menjalani hukuman. Dengan hati yang hancur, ibu kembali ke rumah. Tidak henti – henti si ibu berdoa supaya anaknya diampuni, dan akhirnya dia tertidur kerana kelelahan. Dan dalam mimpinya dia bertemu dengan Tuhan.
Keesokan harinya, ditempat yang sudah ditentukan, rakyat berbondong – bondong menyaksikan hukuman tersebut. Tukang pancung diraja sudah siap dengan pancungnya dan si anak itu sudah pasrah dengan nasibnya. Terbayang di matanya wajah ibunya yang sudah tua, dan tanpa terasa ia menangis menyesali perbuatannya Detik-detik yang dinantikan akhirnya tiba
Sampai waktu yang ditentukan tiba, lonceng belum juga berdentang sudah lewat lima minit dan suasana mulai kecoh, akhirnya petugas yang bertugas membunyikan lonceng datang. Petugas itu mengaku hairan kerana sudah sejak tadi dia menarik tali lonceng tapi bunyi dentangnya tiada.
Disaat mereka semua sedang bingung, tiba – tiba dari tali lonceng itu mengalir darah. Darah itu berasal dari atas tempat di mana lonceng itu diikat. Dengan jantung berdebar – debar seluruh rakyat menantikan apa yang berlaku disaat beberapa orang naik ke atas menyelidiki sumber darah itu.
Tahukah anda apa yang terjadi? Ternyata di dalam lonceng ditemui tubuh si ibu tua dengan kepalanya hancur berlumuran darah dia memeluk bandul di dalam lonceng yang menyebabkan lonceng tidak berbunyi, dan sebagai gantinya, kepalanya yang terhantuk sehingga hancur di dinding lonceng tersebut!
Seluruh orang yang menyaksikan kejadian itu tertunduk dan menitiskan air mata Sementara si anak meraung – raung memeluk tubuh ibunya yang sudah diturunkan. Si Anak menyesali dirinya yang selalu menyusahkan ibunya.
Malam sebelumnya, si ibu dengan bersusah payah memanjat ke atas dan mengikat dirinya di lonceng. Dia memeluk besi dalam lonceng untuk menghindari hukuman pancung keatas anaknya. Demikianlah sangat jelas kasih seorang ibu untuk anaknya. Walaubagaimana jahat pun si anak, si ibu tetap mengasihi sepenuh hidupnya.
Marilah kita mengasihi orang tua kita masing – masing selagi kita masih mampu kerana mereka adalah sumber kasih Tuhan bagi kita di dunia ini. Sesuatu untuk dijadikan renungan untuk kita agar kita selalu mencintai sesuatu yang berharga yang tidak boleh dinilai dengan apapun..
Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati
Ambillah waktu untuk memberi, itu membuat hidup terasa bererti
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan Gunakan waktu sebaik mungkin, kerana waktu tidak akan boleh diputar kembali..
I LOVE YOU SO MUCH FATHER I LOVE YOU SO MUCH MOM I LOVE YOU SO MUCH FAMILY :)
hye , ary ni sye ad update , hope korang enjao tok mmbacanyer :)
Tergedik-gedik di depan lelaki, perasan cantik dan berlakon ala wanita sopan. Semua taktik kotor ini membuatkan si jejaka tambah meluat terhadapmu. Sedarlah wahai gadis perbuatan yang ditonjolkan membuatkan jejaka kurang menyenangi dirimu. Oleh itu kenali sifat si gadis yang membuatkan lelaki meluat!
1. Angkuh & Materialistik
Adakah teman lelaki kamu daripada kerabat diraja, anak datuk atau Tan Sri? Kalau bukan, jangan nak berangan seolah-olah kamu orang kaya sangatlah. Memang benar lelaki sanggup mengeluarkan wang demi perempuan yang disayanginya tetapi jika dah teman istimewanya asyik nak mengikis dan berlagak ala Paris Hilton, mana ada lelaki yang mampu bertahan dengan sikap tersebut. Janganlah kamu terlalu bergantung harap dengan teman lelaki. Awasi perbelanjaan dan berdikarilah sendiri.
2. Pasif Luar Biasa
Lelaki amat menyukai gadis yang sopan dan tahu menjaga diri tetapi bukan bererti kamu perlu pasif dalam segala tindakan. Kadangkala lelaki juga suka sekiranya si gadis yang bertindak memulakan sesuatu. Kamu perlu aktif dan agresif dalam segala hal serta bijak berdikari.
3. Queen Control
Jangan nak jadi pengawal tanpa gaji pula. Cukuplah hanya sekadar mengambil berat terhadap diri mereka. Tidak perlu rasanya kamu perlu menyekat setiap pergerakan dan mengawal seluruh aktiviti si jejaka. Semua manusia tidak suka apabila kehidupan mereka dikongkong sehingga menimbulkan rasa benci dalam diam. Lebih baik kamu menjaganya dengan kasih sayang dan bukan menjadi queen control yang terlampau!
4. Merungut Tentang Tubuh Sendiri
“Saya nampak gemuk tak?” atau “Kulit saya nampak gelap kan?”. Selalu sangat bertanyakan soalan yang sama, akan mengundang rasa muak si jejaka dengan skrip yang kamu lontarkan kepadanya. Kebanyakan gadis sering merasakan bentuk tubuh mereka tidak secantik bak model. Mana nak cantik kalau setiap kali keluar pasti kamu wajib singgah untuk makan. Jadi cerminlah diri kamu sepuasnya, barulah kamu boleh mengulangi soalan tadi kepada si dia.soalan tadi kepada si dia.
5. Membebel &Mengeluh
Siapa yang tidak bosan apabila setiap kali bertemu telinga dihidangkan dengan leteran dan bebelan yang menyakitkan telinga. Daripada hal pekerjaan, teman-teman dan halhal di rumah, ada saja yang tidak kena. Sifat gemar membebel ini boleh menyebabkan si jejaka hilang sabar dan berkemungkinan di saat kamu sedang berleter si jejaka akan mengatakan “kita berpisah”.
6. Terlebih Berdandan
Kebanyakan lelaki lebih menyukai gadis yang memiliki kecantikan semula jadi berbanding mereka yang suka berhias dan berdandan secara keterlaluan. Lelaki akan naik jengkel sekiranya kamu selalu lewat untuk ke sesuatu acara atau temu janji hanya kerana kamu berdandan melebihi masa yang mereka inginkan.
7. Bercerita Tentang Lelaki Lain
Berhentilah bercerita atau memuji lelaki lain di hadapannya. Tanpa kamu sedari, ia mampu membuatkan si dia terasa dan meluat dengan setiap pujian yang kamu lemparkan untuk lelaki lain. Jadi kalau nak memuji lelaki lain, silalah puji di belakang si jejaka.